fbpx

Laksana Kuda Di Medan Tempur – HCF Terima Sumbangan 4WD Ketiga

Laksana kuda di medan tempur, begitulah diibaratkan kepentingan sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) bagi cawangan Hidayah Centre Foundation di negeri di bawah bayu, Sabah. Keadaan bentuk muka bumi berbukit bukau ditambah pula jarak jauh dari satu daerah ke daerah yang lain juga memakan masa perjalanan yang panjang.

Berpusat di Kota Kinabalu sebagai pejabat cawangan di Negeri Sabah, terdapat 6 lagi pejabat cawangan Hidayah Centre Foundation di sana iaitu di Papar, Kota Marudu, Bundu Tuhan, Keningau, Pagalungan dan Beluran. Keadaan ini sangat memerlukan kenderaan yang bagus sekental seekor kuda yang terbaik untuk berjuang di medan tempur. Yang tangkas berlari, tahan lasak dan kuat melaksanakan tugas melalui jalan berselut, berbatu, berbukit. ke pedalaman.

Majlis penyerahan Al-Buruj 3 telah dilakukan oleh Tuan Hj Idris Omar kepada Tuan Hj Nicholas Sylvester di perkarangan Masjid Bandaraya Likas, Kota Kinabalu.

Alhamdulillah seorang yang berjiwa pemurah, Hj Idris Omar jauh melihat kehadapan pelaburannya dalam menyumbangkan tiga buah pacuan empat roda ini yang dinamai dengan Al Buruj 1, 2 dan 3 dalam tempoh beberapa tahun ini. Alangkah besarnya pahala amal beliau dan mereka yang berinfak melalui Yayasan yang dikendalikan oleh beliau, isteri serta anak-anak. Bayangkanlah setiap roda yang berpusing untuk menyantuni para mualaf dan berkongsi mesej Islam kepada penduduk Sabah dikira sebagai pahala amal yang tidak berkesudahan sehinggalah dibangkitkan di Yaumul Mahsyar kelak.

Kini kakitangan Hidayah Centre Sabah boleh mempertingkatkan lagi usaha berterusan mereka di Sabah agar lebih ramai lagi saudara baru dibantu, kerjasama dengan NGO lain dapat dilakukan dan mesej Islam dapat di kongsi dengan masyarakat di Sabah melalui aktiviti yang dijalankan bersama rakan NGO yang lain dan juga dengan kerjasama Majlis Agama Islam Sabah.

Penyumbang & isteri serta staff HCF Sabah bergambar bersama ketiga-kita kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Anda tidak pernah akan lupa ayat ini bagi orang yang beramal membantu orang lain :
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261

“BERBAHAGIALAH MENUAI PAHALA AMAL DI ALAM BARZAKH, SEHINGGA MENUJU PERSAKSIAN DIHADAPAN ALLAH”

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top