fbpx

Masjid Terbuka Sempena Aidilfitri.

Bukit Damansara- Pada hari Sabtu, 22 Jun 2019 baru-baru ini, pihak Masjid Saidina Umar Al-Kahattab telah menjemput aktivis Hidayah Centre Foundation untuk mengendalikan aktiviti jelajah masjid iaitu ” Mosque Tour ” yang diadakan bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1440 H.

Majlis yang bermula seawal jam 9.00pagi itu berjalan dengan meriah sekali dengan dihadiri lebih 1000 orang tetamu pelbagai lapisan masyarakat. Beberapa orang pemimpin turut hadir memeriahkan majlis ini, antaranya Menteri Wilayah, YB Tuan Khalid Bin Abd Samad dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat , YB Puan Hannah Yeoh.

Lebih 40 orang tetamu bukan beragama Islam turut mengambil peluang mengikuti aktiviti jelajah masjid yang diadakan. Mereka dibawa ke ruangan solat utama masjid dan diberi penerangan mengenai asas-asas agama Islam. Mereka juga bertanya sebarang persoalan mengenai agama Islam yang akan dijawab oleh sukarelawan aktiviti “Mosque Tour” ini.

Rata-rata tetamu yang menyertai aktiviti “Mosque Tour” ini ternyata teruja dan gembira kerana berpeluang memasuki masjid dan mendengar penerangan yang disampaikan. Mereka lebih jelas dengan peranan utama masjid dalam masyarakat Islam.

Semoga lebih banyak lagi masjid yang menganjurkan program seumpama ini juga membuka pintu masjid kepada mereka yang bukan Islam untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas lagi mengenai agama Islam. Moga mereka yang hadir mendapat sedikit sebanyak pengetahuan baru dan kefahaman yang jelas lagi.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top