π·ππππππ π©ππππ πΊππππππ ππππππππ π΄πππ π―πππππ
27 – 29 Jun 2025
Jumaat – Ahad
HCF Kuching
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak merupakan salah sebuah agensi yang dijemput untuk mengadakan pameran bersempena Festival Maal Hijrah 2025 di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 27 hingga 29 Jun 2025. Festival Maal Hijrah ini merupakan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Turut bersama Rakan Hidayah Kuching dan para mualaf yang menyertai dan mewakili HCF untuk menyantuni para pengunjung yang datang. Antara tetamu kehormat yang singgah ke pameran HCF ialah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahab bin Haji Abang Julai yang memberikan sijil penyertaan dan plak saguhati kepada HCF. Beliau turut sempat berbincang dan mengemukakan idea untuk bekerjasama di masa akan datang.