π΄πππππ π»πππ πΊππππππ ππππππππ π΄πππ π―πππππ
27 & 28 Jun 2025
Jumaat & Sabtu
HCF Kuching
Alhamdulillah Hidayah Centre Foundation Sarawak dengan kerjasama Masjid Jamek Negeri Sarawak telah mengadakan Masjid Tour di masjid tersebut. Program ini adalah bersempena dengan Festival Maal Hijrah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Masjid Tour ini disertai oleh 13 orang Tour Guide yang telah dilatih semasa sesi TOT Masjid Tour pada 21 Jun 2025 yang lepas.



Masjid Tour merupakan program hari terbuka masjid yang mengajak semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa untuk mengetahui tentang simbolik di sebalik seni bina masjid, dan menerangkan tentang keindahan Islam secara harmoni dan mesra. Program ini telah dihadiri pelawat daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta agama.
Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti bersempena Festival Maal Hijrah 2025 turut diadakan. Antaranya ialah Pameran Info Agensi Awam dan Swasta, pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Nasyid, Pertandingan Memanah Tradisional dan Pertandingan Mewarna bagi kanak kanak, Jualan Rahmah, serta banyak lagi aktiviti lain sepanjang 3 hari berkampung di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung untuk menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama. Insya Allah!