Kelas Bimbingan Mualaf Seberang Jaya
Selasa | 24 Jun 2025 – Alhamdulillah, kelas bimbingan mingguan mualaf di Seberang Jaya berjalan lancar malam tadi. Pengisian kali ini menyentuh tentang detik agung penurunan wahyu pertama, saat Baginda Nabi Muhammad SAW diangkat secara rasmi sebagai Rasul akhir zaman.






Kelas ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi juga ruang untuk para mualaf mempraktikkan apa yang dipelajari, mengukuhkan kefahaman serta keyakinan terhadap Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
Moga usaha kecil ini menjadi pencetus hidayah dan kekuatan iman buat mereka.
Kelas diadakan setiap minggu di Seberang Jaya.
Berminat untuk tahu lebih lanjut atau ingin turut serta? Hubungi kami sekarang.