Kelas Asas Islam, Tarikan Buat Mualaf Baru

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—•๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ณ (๐—ž๐—•๐— )

HCF Johor masih lagi menjalankan KBM Asas seperti biasa iaitu pada setiap hari Ahad bermula 10 pagi – 12 tengahari.

Alhamdulillah, ramai mualaf baru yang datang belajar dan apabila ditanya, ada yang tahu melalui kawan, dari media sosial dan ada juga yang membuat pencarian di google lalu terjumpa Hidayah Centre Foundation Johor.

Seronok apabila melihat rakan mualaf bersemangat untuk belajar mendalami agama Islam, mengenal pencipta mereka, mencari makna kehidupan melalui persoalan yang diajukan dan secara perlahan belajar membaca asas Quran melalui Iqra’.

Sebenarnya, kehadiran rakan mualaf ini sesungguhnya adalah rahmat Allah kepada tenaga pengajar untuk berkongsi mesej dan ilmu Islam serta ladang meraih pahala buat para sukarelawan juga walaupun dengan mengajarkan huruf ุงุŒ ุจุŒ ุช .

Doa kami agar kita semua sentiasa ditetapkan hati dalam Deen ini, dan semoga amal kecil ini mendapat reda dan berkat dari Allah SWT.

#SampaikanIslam

#PerkasakanMualaf

#RakanHidayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top