Kelas Non Muslim minggu ini di Hidayah Centre Pulau Pinang
10 Mei 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah, Kelas Non Muslim minggu ini menyentuh tentang implikasi 2 Kalimah Syahadah, asas utama yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim.
Antara yang dipelajari melalui topik ini ialah tujuan hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, syahadah bukan sekadar ucapan, tetapi perlu difahami dan diamalkan dalam kehidupan dan semua nabi diutus untuk menyeru manusia menyembah hanya Allah.
Semoga ia membuka jalan kepada kefahaman yang lebih jelas tentang Islam sebagai cara hidup.
Berminat untuk turut serta dalam kelas kami?
Hubungi kami di Hidayah Centre Pulau Pinang. Kelas ini terbuka untuk semua yang ingin mengenali Islam dengan lebih dekat dan secara santai.
#kelasnonmuslim#syahadah#dakwahhikmah#hidayahcentrepulaupinang#kenaliislam