Syahadah
12 Mei 2025 (Isnin) – Petang ini, seorang hamba Allah dari Filipina telah melafazkan syahadah, memeluk Islam di pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP).
Setelah diberikan penerangan tentang keindahan dan asas ajaran Islam, beliau dengan hati yang tenang dan tekad yang kuat memilih untuk memeluk agama yang benar ini.
Beliau ditemani oleh sahabatnya, juga dari Filipina yang sebelum ini turut memeluk Islam di tempat yang sama.
Semoga Allah SWT menetapkan hati saudara baru kita ini di atas jalan Islam, memberinya kekuatan dalam menempuh perjalanan baru ini, dan melimpahkan rahmat serta keberkatan kepada beliau dan sahabat-sahabatnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
#HidayahCentreFoundation#pulaupinang#IslamUntukSemua#syahadah#FILIPINOMUSLIM#SupportDakwah#santunimualaf#HCFPP