20 Mei 2025 || RABU
Alhamdulillah, semalam pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah berpeluang mengunjungi dan memberi sokongan kepada perniagaan mualaf So Sushi Supply & Cafe yang terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang.
Dalam kunjungan ini, kami juga telah berkongsi tentang inisiatif Bursa Saham Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga mualaf, khususnya dalam memperkasa ekonomi dan perniagaan mereka.


Kami amat berbangga dengan usaha gigih peniaga mualaf yang terus berusaha mencari rezeki yang halal dan membina masa depan yang lebih baik. Semoga usaha ini terus diberkati dan mendapat sokongan ramai.
Jom kita terus sokong perniagaan Muslim dan mualaf tempatan!