Mualaf Cilik Ini Dijaga Nenek Bukan Islam

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ

3 Mei 2025
Sabtu
HCF Sibu

Pada petang 3 Mei yang lepas, Ustaz Zuana, Ketua Operasi HCF Cawangan Sibu menziarahi adik Nur Tasya Mirnisha Zara yang berumur 11 tahun di rumah panjang Sanga, Jalan Selangau – Mukah. Ziarah ini adalah bertujuan untuk berbincang dengan nenek dan datuknya berkaitan pengurusan dan pembelajaran berdasarkan panduan Islam yang betul untuk adik Tasya.

Untuk makluman, adik Tasya dijaga oleh nenek & datuk nya yang non-muslim. Alhamdulillah adik Tasya masih bersekolah dan neneknya tidak menghalang, malah mengalakkan cucunya untuk belajar Pendidikan Islam di sekolah, cuma neneknya agak risau kerana adik Tasya kurang mendapat didikan agama disebabkan nenek dan datuknya tidak tahu ingin menghantar cucunya ke mana untuk mendapat didikan agama yang selayaknya. Doakan semoga Allah mudah urusan pembelajaran adik Tasya ke hadapan. Allahumma aamiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top