Ziarah Prihatin HCF Pulau Pinang
Tengah hari tadi, Staf HCFPP berkesempatan menziarahi Uncle Haridas, seorang mualaf yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Dimaklumkan oleh isteri beliau, buah pinggang tidak berfungsi dan jangkitan kuman telah merebak. Beliau telah dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.
Dalam masa yang sama, isteri beliau tabah menguruskan cucu-cucu mereka di rumah. Sedikit sumbangan turut disampaikan bagi meringankan beban, sebagai usaha menyantuni mualaf yang sedang diuji. Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesembuhan, kekuatan, dan dipermudahkan segala urusan keluarga ini.