Langkah Pertama Remaja ke Arah Misi Dakwah

Pengenalan HCF kepada peserta Madrasatul Hayah (MHI) anjuran IKRAMTeens Malaysia.

Pada 3 Mac lalu , Ketua Rakan Hidayah Seberang Perai , Khairilazhar telah mewakili Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang menyampaikan pengenalan HCFPP kepada para peserta MHI , di Balik Pulau.

MHI adalah program untuk remaja lepasan SPM, telah menjemput HCFPP untuk memperkenalkan HCF dan Rakan Hidayah kepada peserta. Antara pengisiannya adalah pendedahan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan HCFPP dan unit Rakan Hidayah yang merupakan sukarelawan yang menggerakkan program-program HCFPP.

Harapan kami dengan jemputan dan peluang yang diberikan dapatlah menambah bilangan penggerak/sukarelawan yang akan membantu program/aktiviti anjuran HCFPP. Pada masa yang sama , RH baru juga akan berpeluang mengikuti latihan2 dakwah berkaitan sepanjang tahun, secara percuma.

Terima kasih sekali lagi kepada Ketua Rakan Hidayah Seberang Perai kerana meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar MHI

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#pengenalanHCFPP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top