Sarapan pagi sambil berkenalan dengan Mualaf, saudara Umar Abdul Aziz Abdullah yang berasal dari Pahang, kemudian bekerja di Pulau Pinang.
Dia telah berhijrah ke Kelantan pada pertengahan Ramadan, lebih kurang sebulan lepas untuk mulakan kehidupan baru di sini.
Hidayah Centre Foundation Kelantan membantu dia memiliki telefon bimbit dan mendapatkan penginapan sementara di pusat komuniti Pemuda GEMA Kelantan di Kubang Kerian.
Selepas sarapan, HCFK menyerahkan sumbangan bagi pihak kakitangan LHDNM Kelantan kepada Bro Vijay.
Alhamdulillah, pagi yang sungguh bermanfaat dan penuh barakah