Dari Balai Polis ke Pejabat Agama, Semua Dipermudah

15 April 2025
Selasa
HCF Kota Samarahan

Alhamdulillah, Cik Roszaineie Alet Pegawai Operasi Cawangan Kota Samarahan terus menyantuni mualaf santunan HCF Kota Samarahan iaitu Puan Fariza binti Sikong dan Puan Fauziah untuk membantu proses permohonan kad perakuan islam yang baharu.

Permohonan kad perakuan ini dibuat disebabkan oleh dokumen perakuan islam mereka yang lama dipercayai hilang disebabkan oleh banjir besar dahulu.

Cik Roszaineie membantu mereka membuat laporan polis di Balai Polis Kota Samarahan. Setelah itu, Cik Roszaineie menemani mereka untuk berjumpa Ustazah Rabiah Rabiah binti Kadli, Pegawai Pengurusan Pengislaman di Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan untuk memohon permohonan kad perakuan islam yang baharu.

Semoga urusan mereka dipermudahkan oleh Ilahi. Aamin yarabal alamin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top