KEMPEN RAMADHAN GIFT
5 MAC 2025 (RABU)
Misi Rabu Berdakwah (MRB) harini digantikan dengan Kempen Ramadhan Gift bersempena Kempen Kenalkan Al Quran yang biasanya kami anjurkan di bulan Ramadhan.
Seramai 30 rakan non Muslim disantuni sekitar kedai-kedai di Sungai Ara. Kami mengagihkan pek goodies yang mengandungi kurma, snek dan risalah serta QR code untuk mereka mendapatkan info lanjut tentang Al Quran.






Walaupun menghadapi banyak ‘rejection’ apabila menyebut tentang Al-Quran, kami tetap menghormati pendirian mereka dan menerimanya dengan hati yg terbuka. Ramai yang menyangka team kami sebenarnya sedang menjual , tetapi apabila diterangkan kepada mereka realiti kami yang hanya memberi ‘hadiah’, mereka mula menerima pek goodies yang diberikan.
Semoga usaha yang kecil ini diterima oleh Allah. Dalam melakukan amal soleh ini, molekla jika dimulakan dengan doa kepada Allah, agar lebih ramai lagi terbuka menerima kebenaran dan sentiasa dilancarkan segala urusan dakwah kita.