| Syahadah |
11 Mac 2025 (Selasa) – SubhanAllah, pagi ini di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, dua insan telah menerima hidayah dan mengucapkan kalimah syahadah kembal;i kepada agama fitrah.


Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan Dia memilih sesiapa yang dikehendaki-Nya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara baru kita ini terus istiqamah dalam perjalanan baru mereka, dilimpahi rahmat dan bimbingan dalam menghayati Islam sebagai cara hidup.