fbpx

Dari Johor ke Kelantan: Nash Temui Cahaya Islam di Masjid Pauh Panji

Alhamdulillah! 🌿✨ Satu lagi hidayah di bumi Kelantan.
Syahadah pertama Hidayah Centre Foundation Kelantan bagi tahun 2025.


Pada Sabtu, 1 Februari 2025, saudara Nash, seorang anak muda berusia 23 tahun dari Johor, telah memilih untuk memeluk Islam di Masjid Pauh Panji 🕌. Kedatangannya ke Kelantan adalah untuk bertemu dengan ayahnya, saudara Vijay yang telah lebih dahulu menerima Islam tiga tahun yang lalu.
Setelah diberikan penerangan dan memahami keindahan Islam, Nash dengan hati yang terbuka mengucapkan syahadah 🤲🏼, memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Allahuakbar! 🌟 Semoga Allah SWT meneguhkan hatinya dalam iman 💖 dan mempermudah segala urusan beliau dalam mendalami agama ini 📖.


Marilah kita sama-sama mendoakan saudara Nash agar sentiasa dalam rahmat dan bimbingan Allah. Aamiin. 🤲🏼💫

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top