fbpx

Peluang Beramal! Bantu Mualaf Mendalami Islam

KELAS BIMBINGAN MUALAF SEBERANG JAYA

11 Februari 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, kelas bimbingan mualaf semalam berjalan lancar dengan kehadiran pelajar yang bersemangat untuk belajar. Kelas dimulakan dengan sesi pembelajaran Iqra’ dan bacaan Al-Quran, diikuti dengan solat Isyak berjemaah serta kelas Fardu Ain. Para pelajar mendalami amalan-amalan sunnah di bulan Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan yang penuh keberkatan tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dan berusaha membimbing para mualaf dalam memahami Islam dengan lebih baik. Sokongan dan tunjuk ajar anda menjadi cahaya dalam perjalanan mereka mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Jadilah sebahagian daripada perjuangan ini! Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang mengalu-alukan sumbangan anda dalam bentuk:

🍱 Tajaan jamuan – Berikan sedikit kegembiraan kepada para pelajar dengan hidangan semasa kelas.

💰 Sumbangan dana – Membantu menampung kos perjalanan kelas agar ilmu terus disampaikan tanpa halangan.

📞 Untuk sumbangan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Shiham | 013-4594518

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat dan diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#KelasMualaf

#HidayahCentreFoundationPulauPinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top