Kelas Bimbingan Mualaf Bayan Baru
15 Februari 2025 (Sabtu) – Minggu ini, Kelas Bimbingan Mualaf Bayan Baru diteruskan dengan sambungan amalan-amalan sunnah di bulan Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan penuh keberkatan yang semakin hampir.






Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan atau tajaan, sama ada dalam bentuk jamuan makanan untuk kelas atau sumbangan kewangan bagi menyokong kelangsungan program ini.
Untuk maklumat lanjut atau jika ada mualaf yang berminat untuk menyertai kelas ini, sila hubungi Encik Shiham di talian 013-4594518.
Semoga Allah menerima usaha ini sebagai amal soleh dan memberkati setiap individu yang terlibat.