fbpx

Hadiah CNY 2025: Jambatan Kasih & Dakwah!

KNOW & LOVE YOUR NEIGHBOURS SEMPENA CNY 2025 🎊🎁

Januari-Februari 2025 – Alhamdulillah! Tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menyertai program Know & Love Your Neighbours sempena Tahun Baru Cina 2025. Sebanyak 60 hamper telah disediakan dan disampaikan kepada jiran serta kenalan bukan Muslim sebagai tanda kasih sayang dan perpaduan.

Di samping hadiah, inisiatif ini juga menjadi jambatan dakwah untuk memperkenalkan keindahan Islam kepada masyarakat sekeliling. Risalah-risalah Islam turut diselitkan bersama hamper sebagai usaha menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Dakwah bukan hanya melalui lisan, tetapi juga melalui akhlak dan tindakan. Semoga usaha kecil ini memperkukuhkan ukhuwah, memupuk persefahaman, dan membuka hati-hati untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

#HidayahCentreFoundation

#PulauPinang

#dakwahbilhal

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top