| ZIARAH MUALAF |
14 Januari 2025 (Selasa) – Pagi ini, Team Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) berkesempatan menziarahi salah seorang saudara mualaf kita yang sedang diuji dengan penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Rawatan ini melibatkan kos yang tinggi, dan pihak HCFPP mengambil inisiatif memberikan sokongan moral, sedikit sumbangan bagi meringankan beban, serta menyediakan borang permohonan bantuan peruntukan Zakat Pulau Pinang untuk rawatan dialisis beliau.
Kami berharap agar bantuan ini dapat membantu saudara kita melalui ujian ini dengan lebih tabah. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar diberikan kesembuhan, kekuatan, dan rahmat Allah dalam menempuh dugaan ini.