[ Kunjungan HCFPP ke KPP JHEAIPP – Bahagian Dakwah]
24 Januari 2025 (Jumaat) – Alhamdulillah, pada hari ini Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah mengadakan kunjungan ke Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) iaitu Tuan Mohd Hanif Bin Omar @ Wahab.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dan sokongan dalam usaha-usaha dakwah di negeri Pulau Pinang. Syukur, pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang harmoni, saling memahami, dan saling melengkapi antara pihak-pihak yang terlibat.
Usaha dakwah memerlukan sinergi daripada semua pihak bagi memastikan syiar Islam terus ditegakkan di atas muka bumi Allah, khususnya di Pulau Pinang. Semoga kerjasama ini menjadi asbab keberkatan dan kejayaan dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul kepada masyarakat.