fbpx

Kelas Fiqah: Membimbing Saudara Baru dalam Mengamalkan Islam

| Kelas Fiqah Mualaf – Bayan Baru |

1 Februari 2025 (Sabtu)Alhamdulillah, kelas Fiqah Mualaf petang tadi telah berjalan dengan lancar. Kelas ini dibimbing oleh Ustaz Abdul Malik Bin Abdullah, yang memiliki pengalaman luas dalam pengurusan hal ehwal mualaf. Beliau memberikan panduan praktikal kepada saudara-saudari baru dalam memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Sebelum sesi Fiqah Mualaf, para mualaf telah mengikuti kelas Iqra’ atau Al-Quran dengan bantuan sukarelawan. Semoga segala usaha ini menjadi asbab untuk mereka terus teguh dalam memeluk agama Islam dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran-Nya.

Terima kasih tak terhingga kepada semua sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk sama-sama menyumbang. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan kalian dengan keberkatan yang berlipat ganda.

Jom terus sokong dan doakan perjalanan saudara-saudari baru kita ini!

#KelasBimbinganMualaf
#HidayahCentreFoundation
#fiqahmualaf
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top