fbpx

Street Dakwah: Menyantuni Komuniti Sempena Tahun Baru Cina

Street Dakwah – Seberang Perai Utara

2 Februari 2025 – Alhamdulillah, pada pagi Ahad, kami berkesempatan mengadakan aktiviti street dakwah di Pasar Kepala Batas, khususnya untuk menyantuni masyarakat bukan Islam, terutamanya komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina.

Program ini bukan sekadar peluang untuk mengedarkan risalah dan berkongsi tentang Islam, tetapi juga sebagai latihan membentuk jiwa besar dalam mendekati masyarakat bukan Islam dengan penuh hikmah. Saling bertegur sapa dan membina hubungan harmoni merupakan langkah awal dalam usaha dakwah yang lebih luas.

Dalam sesi kali ini, seramai 11 orang bukan Islam disantuni. Namun, jumlah yang dapat didekati agak terhad kerana masih ramai yang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Seramai 5 orang sukarelawan terlibat dalam program ini. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan menerimanya sebagai amal soleh.

#dakwahpulaupinang

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top