๐๐ง๐๐ฎ๐ค๐ฌ๐ข ๐๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ฒ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐๐
18 Januari 2025
Sabtu
HCF Bintulu
Telah diadakan program Induksi Rakan Hidayah Bintulu bagi tahun 2025 bertempat di Pejabat Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu.
Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Hidayah Centre Foundation Pejabat Cawangan Bintulu yang disampaikan oleh kakitangan HCF Bintulu sendiri. Setelah itu disusuli dengan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dimana para sukarelawan membentangkan jawapan kepada soalan di dalam buku โClear Your Doubts About Islamโ. Ini bagi mencetuskan idea dan peranan sukarelawan dalam aktiviti sampaikan Islam di lapangan.
Seramai lima (5) orang sukarelawan dan satu (1) orang kakitangan HCF turut terlibat dalam aktiviti LDK ini. Seusai aktiviti LDK, para sukarelawan bersama menjamu selera dan bersurai.
Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran dalam memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang daiโe dan pentingnya usaha menyampaikan mesej Islam dan pemerkasaan mualaf ini.