fbpx

Majlis Konvokesyen Saudara Baru: Melakar Kejayaan dalam Penghayatan Islam

π‘΄π’‚π’‹π’π’Šπ’” π‘²π’π’π’—π’π’Œπ’†π’”π’šπ’†π’ 𝑺𝒂𝒖𝒅𝒂𝒓𝒂 π‘²π’Šπ’•π’‚ 2025 π‘―π’Šπ’…π’‚π’šπ’‚π’‰ π‘ͺ𝒆𝒏𝒕𝒓𝒆 π‘­π’π’–π’π’…π’‚π’•π’Šπ’π’ π‘Ίπ’‚π’“π’‚π’˜π’‚π’Œ

18 Januari 2025
Sabtu
HCF Sarawak

Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Saudara Kita 2025 Hidayah Centre Foundation Sarawak telah berlangsung pada 18 Januari 2025 bagi saudara kita yang telah menamatkan silibus Kelas Bimbingan Saudara Kita telah diadakan oleh Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dan Yayasan Buruj di Borneo Cultural Museum. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran 17 orang graduan, terdiri daripada 6 orang peserta dari Kuching dan 11 orang peserta dari Kota Samarahan.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Ustaz Suharman bin Edward, Ketua Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Turut hadir memeriahkan majlis iaitu Pengarah JAKIM Sarawak, Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pegawai Agama Islam Bahagian Kota Samarahan, Ustaz Haji Bahrin bin Kawi, Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Joannes bin Lukas dan Penasihat HCF Sarawak, Puan Nasyitah Ting.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amirudin Che Hamid, sukarelawan dari Rakan Hidayah Kuching, diikuti pengisian ringkas oleh Ustaz Amir Ridhwan dari Bahagian Kemajuan Saudara Kita, JAIS. Majlis kemudian diteruskan dengan alunan surah Al-Baqarah oleh salah seorang wakil graduan Kuching, Azri Daniel Sarau bin Joseph. Manakala Puan Nurhidayah Abdullah mewakili para graduan Kota Samarahan menyampaikan ucapan serta berkongsi pengalaman berharga sepanjang pengajian.

Para graduan diharapkan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama. Semoga budaya belajar di kalangan saudara kita dapat diperluaskan di kawasan lain juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top