Alhamdulillah, HCFPP berkesempatan menziarahi dua orang mualaf di sekitar Gelugor, Pulau Pinang.
Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi sebagai sokongan kepada saudara mualaf yang memerlukan bimbingan. Dalam ziarah ini, kami juga menyampaikan sumbangan barangan dapur serta bantuan wang tunai untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.


Semoga usaha kecil ini dapat memberikan sinar kegembiraan dan kekuatan kepada mereka. HCFPP akan terus komited dalam menyantuni dan membimbing mualaf ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan beriman.
HCFPP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Taqwa atas sumbangan yang diberikan. Bantuan ini amat bermakna dalam menyantuni dan menyokong saudara mualaf di bawah jagaan kami.
Doakan agar usaha dakwah ini terus dipermudahkan dan diberkati.
#MualafSantunan
#hidayahcentrefoundationpulaupinang
#ziarahmualaf