Kelas Fiqah Mualaf Bulanan – Bayan Baru
4 Januari 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah, pada Sabtu semalam telah berlangsung Kelas Bulanan Fiqah Mualaf yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik. Sebelum sesi fiqah bermula, para mualaf turut mengikuti kelas Iqra’ dan Al-Quran yang dibantu oleh para sukarelawan.






Topik perbincangan Fiqah Mualaf kali ini:
– Wajibkah seseorang mualaf mengisytiharkan keislaman mereka?
– Keperluan berhati-hati terhadap syak wasangka bagi individu yang ingin memeluk agama Islam.
Perbincangan ini bukan sahaja bermanfaat kepada para mualaf tetapi juga sesuai untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam menguruskan dan membimbing mualaf.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menyumbangkan masa dan tenaga dalam menjayakan kelas ini.