Kelas Bimbingan Mualaf – Seberang Jaya
31 Disember 2024 (Selasa) – Alhamdulillah, kelas bimbingan mualaf akhir tahun 2024 telah berlangsung dengan lancar pada malam tahun baru.
Kelas ini diteruskan seperti biasa bagi memastikan para mualaf mendapat bimbingan dan sokongan dalam mendalami ilmu agama serta memperkukuh kefahaman mereka terhadap Islam.






Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan mereka, memberikan kekuatan jiwa, dan menanamkan keteguhan hati dalam mengamalkan ajaran-Nya. Amin ya Rabbal Alamin.
Teruskan doa dan sokongan anda kepada Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) dan para mualaf agar sentiasa istiqamah di jalan-Nya.
#HidayahCentreFoundation
#istiqamahdijalanallah
#KelasBimbinganMualaf