| Mosque Tour Training |
8 Disember 2024 (Ahad) – Alhamdulillah, seramai 14 orang peserta telah menghadiri sesi Mosque Tour Training yang berjaya diadakan semalam. Program ini bertujuan melatih peserta menjadi pemandu Mosque Tour yang bakal dilaksanakan pada minggu hadapan di masjid yang sama.
Usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memperkenalkan keindahan Islam kepada rakan-rakan belum Islam, menggalakkan dialog harmoni, dan menonjolkan nilai-nilai murni yang Islam bawa.
Marilah bersama-sama membantu usaha dakwah ini dengan menyokong atau menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini. Jangan lupa jemput rakan-rakan belum Islam ke Masjid AlBukhary Open Day yang akan berlangsung Ahad ini, 15 Disember 2024. Pelbagai acara menarik termasuk jamuan makan percuma disediakan.
Semoga lebih ramai sukarelawan Mosque Tour dapat dilahirkan, dan semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada amal kita dalam menyampaikan risalah Islam kepada semua.