Syukur Alhamdulilah. HCF Pulau Pinang menerima 3 kunjungan untuk bersyahadah minggu lepas. Ada orang tempatan, ada juga yang bukan warganegara. Alhamdulillah kita menyantuni mereka untuk memeluk Islam sekaligus menjemput untuk mereka menyertai kelas yang dibuat setiap minggu.
Semoga dipermudahkan urusan mereka ke kursus bimbingan asas di Darul Hidayah dan mendapat kad Islam minggu ini.