ππππππ π΄ππππππ
16 Disember 2024
Isnin
HCF Bintulu
Kakitangan Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu bersama JK Kebajikan Rakan Hidayah Bintulu telah berkunjung ke rumah saudara kita, Muhammad Haiqal bin Abdullah, yang kini terlantar sakit dan tidak dapat berjalan.
Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi juga lambang kasih sayang dan keprihatinan kita sesama umat Islam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang memerlukan sokongan fizikal dan emosi.
Mari kita doakan kesembuhan dan kekuatan buat saudara Haiqal. Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini dan Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau.