Tahniah buat Bro Sureen, mualaf santunan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, dan pasangan yang melangsungkan akad nikah hari ini!
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina. Jadikan perkahwinan ini sebagai ibadah yang dihiasi dengan kesabaran, pengorbanan, dan sokongan antara satu sama lain. Hadapi segala ujian dengan tabah, insyaAllah ikatan ini kekal hingga ke syurga. Selamat menempuh kehidupan baru bersama!
بَارَكَ اللّٰهُ لَكُمَا وَبَارَكَ عَلَيْكُمَا وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaykuma wa jama’a baynakuma fi khair.
Semoga Allah memberkati kalian berdua, memberkati atas kalian, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.