17 Oct- Hidayah Centre Foundation Sarawak cawangan Kuching telah melakukan kupi-kupi bersama saudari Mei May pada 17 Oktober. Alhamdulillah, semoga dengan adanya perjumpaan ini lebih mudah untuk beliau memahami Islam.

16 Oct-Hidayah Centre Foundation Sarawak cawangan Kuching telah melakukan kupi-kupi bersama mualaf dan Rakan Hidayah Kuching. Perjumpaan kupi-kupi ini diadakan adalah untuk meraikan saudara Daniel Sarau sebelum mewakili Sarawak untuk Pertandingan Hafazan sempena Mahrajan Kebangsaan 2024 selama 6 hari di Perak Darul Ridzuan. Semoga berjaya diucapkan kepada saudara Daniel Sarau dan semua wakil Sarawak yang menyertai Mahrajan Kebangsaan 2024!
