Gambar sekitar Karnival Kita Anak Malaysia bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini pada 7 September lalu.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Hidayah Centre Foundation Johor dapat menyediakan reruai “How do I Look In Hijab?” buat pengunjung dari berbilang agama dan bangsa bagi merasai pengalaman mencuba memakai hijab pertama kali, tahniah anda memang terbaik!!. Terima kasih juga kepada para sukarelawan yang membantu dan menyantuni para pengunjung reruai kami.
Seronok melihat kesatuan rakyat Malaysia dalam program sebegini bagi menyemai semangat perpaduan dan keharmonian di antara satu sama lain. Besar harapan kami untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini.
Kita Anak Malaysia!!!