fbpx

Listen To Your Heart

“LISTEN TO YOUR HEART”

Sekali baca tajuk memang macam lirik lagu, tetapi ini adalah program yang kita bawakan semasa Mosque Tour yang lalu dimana kita mengajak rakan rakan bukan Islam untuk mendengar bacaan ayat suci Al-Quran.

Rakan-rakan bukan Islam teruja apabila pertama kali mendengar sendiri bacaan ayat suci Al-Quran melalui ‘headphone’. Jika sebut Al-Quran mereka tahu bahawa itu adalah kitab suci bagi orang Islam. Tapi apa respon mereka selepas mendengarnya sendiri? “Sangat menenangkan!”

Jika diamati, kenapa tidak letak ‘Listen To Your Mind/Liver’? kenapa ‘Heart’?, kerana jantung kita atau dalam bahasa arabnya disebut ‘Qalb’ merupakan organ yang sangat penting buat tubuh badan dan disitulah juga terletaknya punca segala kebaikan dan kejahatan seperti hadis berikut :

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah (jantung).”

[Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

…………..

Selepas mendengar beberapa bacaan ayat Al-Quran, ada yang meminta naskah AlQuran dalam terjemahan bahasa yang mereka fahami untuk dibawa pulang 🥰. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan dari rakan bukan Islam dan diharapkan lebih ramai lagi yang berpeluang untuk mendengar dan memiliki naskah Al-Quran untuk mereka baca dan fahami kerana Al-Quran adalah untuk semua dan tidak terhad untuk pembacaan orang Islam sahaja 😇.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top