fbpx

BAB 2: FIQAH BERSAUDARA, BERJIRAN DAN BERKAWAN

Persoalan 1:  Menziarahi keluarga bukan muslim yang sakit ataupun meninggal dunia

Secara umum, mengigati mati ialah ubat terbaik bagi menginsafi diri. Oleh itu, Islam menggalakkan ziarah kubur dan jenazah.

Dalam sirah Rasulullah saw, ada suruhan menziarahi kubur. Hikmahnya ialah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan akhirat.

Sabda Baginda saw yang bermaksud “Ziarahi kubur, maka sesungguhnya ia mengingatkan kamu akhirat” (Riwayat ibn Majah, juzuk 2, hal. 49, no hadis 1569).

Termasuk juga dalam persoalan ini ialah menziarahi keluarga bukan muslim yang sakit.Ia satu perkara yang amat baik.

Lawatan Rasulullah saw terhadap bukan yang sakit

a)     Ziarah Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya yang sakit

Nabi saw menziarahi bapa saudarnya Abu Talib ketika dia sakit gering. Nabi saw mengajaknya agar beriman kepada Allah dan RasulNya. Namun Abu Talib menyatakan bahawa dia berada di atas agama bapanya Abdul  Mutalib.

b)     Ziarah Rasulullah saw terhadap seorang Yahudi yang sakit

Nabi saw menziarahi seorang Yahudi yang masih muda, ketika dia sakit. Nabi saw mengajaknya beriman. Lalu dia memandang bapanya. Akhirnya bapanya menyuruhnya agar taat kepada Abu Qasim (Nabi Muhammad saw).

Tujuan menziarahi bukan Muslim yang sakit ialah:

a)     Menghubungkan keharmonian dan kemesraan.

b)     Berdakwah kepada Islam tanpa paksaan.

Walau bagaimanapun, ada batas yang perlu dijaga. Batasnya ialah ketidakharusan meminta ampun kepada Allah selagi mana bukan muslim belum beriman. Juga tidak harus untuk solat jenazah atas mayat bukan muslim walaupun ibu bapa sendiri. “Hidayah itu datangnya daripada Allah. Beriman atau tidak bukan kerja kita umat Islam tetapi kita hanya berdakwah dan menyampaikan.”

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah : 84, yang bermaksud

“Dan janganlah kamu ke atas seseorang daripada mereka (bukan muslim) dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya (menyelenggarakan urusan pengkebumiannya). Sesungguhnya mereka kufur kepada Allah dan (kufur) kepad RasulNya dan mereka mati hal keadaan mereka fasiq.”

Ketidakharusan meminta ampun dan bersolat jenazah terhadap mayat bukan muslim.

Ayat ini diwahyukan kerana Nabi saw ingin menunaikan solat jenazah ke atas mayat Abdullah bin Ubai sedang dia seorang munafik. Apabila dia mati, anaknya dating berjumpa  Nabi saw dan meminta pakain Nabi untuk mengkafankan bapanya. Nabi saw memberikan pakaiannya dan meminta agar diberitahu apabila selesai urusan jenazahnya. Kemudian Nabi saw bangun untuk melakukan solat jenazah ke atas Abdullah bin Ubai. Tindakan Nabi saw ditanya oleh Umar al-Khattab r.a. Nabi saw menjawab bahawa Baginda diberi pilihan oleh Allah sama ada untuk memohon ampun atau tidak kepada golongan ini. Namun akhirnya ayat ini diwahyukan. (Rujukan Sunan ibn Majah, juzuk 2, hal 34, no hadis 1523 dan 1524).

Ada juga amalan masyarakat yang tidak meminta ampun terhadap jenazah bukan muslim tetapi menggunakan ucapan standard dalam takziah seperti “May his/her soul rest in peace”, atau ucapan “may God bless him”.

Ucapan sebegini pun tidak harus kerana ia juga doa, dan doa untuk jenazah bukan mualim tidak diharuskan dalam Islam.

Keyakinan saudara baru terhadap kebenaran agama Islam yang baik untuk diri mereka dan kita sebagai  manusia sejagat sudah tentu juga baik untuk semua bukan muslim terutamanya keluarga dan sahabat handai mereka. Hanya perbezaan akidah (tauhid) yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top