Program Mualaf Cakna Palestin – Surau An-Nur, Lebuh Nipah
Alhamdulillah, Program Mualaf Cakna Palestin yang berlangsung pada 1 September 2024 di Surau An-Nur, Lebuh Nipah, Sungai Nibong telah berjaya dianjurkan dengan kehadiran lebih daripada 60 orang, termasuk mualaf dan jemaah sekitar.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin, khususnya dalam konteks akidah umat Islam. Melalui ceramah yang disampaikan, para peserta dapat mendalami lebih lanjut tentang situasi terkini di Palestin dan implikasi akidah yang berkait rapat dengan perjuangan rakyat Palestin.
Syukur atas sokongan semua yang hadir, semoga kita terus bersama-sama dalam menyokong perjuangan saudara-saudara kita di Palestin.