fbpx

street Dakwah Mingguan di Pulau Pinang

Street Dakwah Mingguan – 11 Ogos 2024 (Ahad)

Alhamdulillah, 2 orang sukarelawan Street Dakwah minggu ini telah menyantuni seramai 9 orang pelancong non muslims dengan risalah dawah dan masjid tour. Antaranya 2 orang pelancong dari China ini. Mereka begitu teruja apabila sukarelawan berkongsikan maklumat tentang Islam dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam. Antara soalan yang ditanyakan berkaitan dengan konsep ”Original Sins” yang diterapkan dalam agama yang mereka ikuti sekarang. Secara ringkasnya kami memberitahu di dalam Islam tidak ada konsep sedemikian malah Islam mengajarkan konsep ”Original Forgiveness” selari dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci & bersih). Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat al-Bukhari)

Seterusnya sukarelawan sempat menyantuni dua pasangan yang juga dari China di mana mereka masih belum mempunyai pegangan agama (Atheist). Mereka telah diberi penerangan mengenai konsep akidah yang jelas dan mudah berserta bukti-bukti Saintifik yang telah berada di dalam Al Quran sejak 1400 tahun yang lalu.

Jom sampaikan dakwah! Nabi saw berpesan, Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah (harta paling mewah di kalangan orang Arab kala itu)

[HR Bukhari]

Bagi yang berminat untuk menyertai kami, bolehlah menghubungi Sis Ira @+60175934070 atau Bro Aslam @+60149432201.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#StreetDakwah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top