3 Ogos 2024 (Sabtu) – Alhamdulillah, Masjid Tour Training pagi tadi di Masjid Jamek Kampung Rawa Penang telah berjalan dengan lancar. Kami bersyukur kerana kehadiran peserta seramai 30 orang yang telah mengikuti latihan ini dengan penuh semangat.
Latihan ini diadakan sebagai persediaan untuk program Masjid Jamek Kampung Raya Open Day yang akan diadakan pada 25 Ogos nanti. Objektif utama latihan ini adalah untuk memastikan kita bersedia menerima masyarakat majmuk yang akan datang ke masjid, serta memberikan penerangan yang jelas mengenai Islam, khususnya kepada non-Muslim.






Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua.