fbpx

“Outing Day” bersama Mualaf

“๐—ข๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐——๐—ฎ๐˜†” ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ณ.

Mereka itu seperti saudara kami sendiri juga. Perlu disayangi dan perlu diberi perhatian. Walaupun tidak semua mampu kami santuni disebabkan kekangan yang ada, setiap kali ada kesempatan, kami jumpa mereka dan tanya khabar mereka.

Beberapa orang sukarelawan Rakan Hidayah daripada pasukan RH BJB telah adakan “Outing Day” bersama para mualaf sekitar JB ke program “Jualan Amal & Pesta Ria Cerebral Palsy Johor” pada 26 & 27 Julai lepas. Dengan sejumlah baucer yang ditaja oleh pihak Johor Plantations Group Berhad, para mualaf yang terpilih dapat berbelanja barang asas, makanan dan barang lain yang dijual. Sambil mengambil peluang mengenali dan menyokong usaha jualan amal pihak Persatuan Cerebral Palsy Johor, kami juga dapat beraktiviti secara bersemuka bersama para mualaf yang jarang-jarang ditemui atas kekangan masing masing.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Moga Allah merahmati semuanya dengan kebaikan โ˜บ๏ธ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top