fbpx

Ziarah Mualaf Yang Memerlukan bantuan

5 Jun 2024
Rabu
HCF Kota Samarahan

Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bahagian Samarahan yang segera bertindak apabila pihak HCF Kota Samarahan menyampaikan maklumat berkaitan tentang mualaf tersebut. Beliau merupakan mualaf dan ibu tunggal, Puan Norita Binti Abdullah yang menetap bersama anaknya yang sakit di Kampung Sampun Jugu, Asajaya Sarawak. Tidak dilupakan Rakan Zakat Sadong Jaya yang pantas menziarahi dan membuat laporan berkaitan mualaf tersebut kepada pihak TBS bahagian Samarahan.

Antara doa yang baik boleh kita baca untuk anak beliau dan boleh kita amalkan adalah seperti berikut:

أَذْهِبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: (Hilangkanlah sakitnya, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah dan Engkau Yang Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan (sebarang) rasa sakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top