fbpx

Masjid Open Day di Pulau pinang

24 September 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, Masjid Open Day anjuran Masjid AlBukhary Pulau Pinang, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP), Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan YADIM Penang dengan kerjasama NGO-NGO naungan GDMPP, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan beberapa agensi kesihatan telah berjaya diadakan di Masjid AlBukhary Pulau Pinang. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rashid Bin Abd Jalil, Pegawai Khas, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Program ini bertujuan untuk berkongsi kefahaman Islam dengan masyarakat bukan Islam persekitaran masjid supaya dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling hormat-menghormati dan memahami kepercayaan serta budaya masing-masing dalam suasana harmoni. Seramai lebih 70 orang masyarakat bukan Islam hadir ke masjid dan menyertai aktiviti mosque tour (jelajah masjid).

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya demonstrasi ibadah dalam Islam seperti berwuduk, azan, solat dan penerangan Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas. Turut diadakan Taici, pameran Nabi Muhammad dan Al-Quran, pemeriksaan kesihatan percuma, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, sumbangan kepada asnaf dan cabutan bertuah.

Diharapkan program seperti ini terus diadakan di seluruh masjid di Malaysia agar sifat prasangka dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat majmuk dapat dibasmi seterusnya mewujudkan suasana harmoni di Malaysia.

HCFPP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.
#hidayahcentrefoundationpulaupinang
#gabungandakwahmalaysiapulaupinang
#masjidalbukharyopenday

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top