| PENGENALAN HCF DI MASJID UMAR IBNU AL-KHATTAB |
15 Sept 2023 (Jumaat) – Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah mengadakan Perkongsian tentang Hidayah Centre Foundation bertempat di Masjid Umar Ibnu Al-Khattab, Bayan Baru sebelum khutbah jumaat. Pengisian bagi pengenalan HCF ini telah disampaikan oleh En. Ahmad Shiham Sukhri, Penolong Pengurus Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2023/09/1-16.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2023/09/2-14.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2023/09/3-9.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
Selain itu, turut mengajak masyarakat muslim menyertai Kempen Kenalkan Nabi Muhammad sebulan yang akan bermula 1 Rabiulawal akan datang.
Alhamdulillah, semoga dengan adanya perkongsian seperti ini dapat membantu memperkenalkan Hidayah Centre Foundation seterusnya dapat bersama-sama menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.