fbpx

Program Harmoni Gathering Urusetia Saudara Kita (USK)

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah dijemput bersama-sama dalam program Harmoni Gathering Urusetia Saudara Kita (USK) bahagian Bintulu. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Bahagian Bintulu, Urusetia Saudara Kita Daerah Tatau, Urusetia Saudara Kita Daerah Sebauh, Urusetia Saudara Kita Cawangan Jepak, Urusetia Saudara Kita Cawangan Sungai Plan dan Kidurong. Diadakan di Pantai Tanjung Batu Bintulu.

Pengisian dimulakan dengan Tazkirah daripada Ustaz Mohamasir Bin Muhammad, Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu dan sekaligus merasmikan program Harmoni Gathering. Seterusnya aktiviti Senamrobik disusuli Sukaneka dan Jamuan sebelum bersurai.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan sokongan dan keterlibatan semua ahli Urusetia Saudara Kita (USK) di seluruh bahagian Bintulu, Daerah Tatau dan Daerah Sebauh. Semoga ukhuwwah terus terjalin dan terpupuk kuat. InsyaAllah! Terima kasih dan tahniah Urusetia Saudara Kita (USK) atas penganjuran program yang bermakna ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top