Kelas Bimbingan Mualaf di Masjid At-Taqwa Miri terus dijalankan seperti biasa. Pengajian kelas setiap Isnin ini adalah bertemakan Siri Kenali 25 Rasul. Pada sesi kali ini , Bro Shah (tauliah MIS-002183) telah berkongsi Kisah Nabi Syuaib a.s selain semakan bacaan Iqra’ & Quran dan amali solat.
.
InsyaAllah kepada para mualaf mahupun saudara Islam yang baharu di Miri yang ingin mendapat bimbingan ataupun pertanyaan tentang Islam yang diperlukan, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan yang dilakukan InsyaAllah.