7 APRIL 2023
JUMAAT
HCF SIBU
Alhamdulillah, pada Jumaat yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sibu bersama Rakan Hidayah Sibu telah melakukan Ziarah Ramadhan Saudara Baru di sekitar luar bandar Sibu yaitu Stapang dan Selangau. Ziarah Ramadhan itu dilakukan bagi tujuan mengumpulkan maklumat Saudara Baru yang berada di luar bandar Sibu agar memudahkan HCF Sibu mengetahui kawasan luar bandar yang mempunyai takungan Saudara Baru.
Di kesempatan itu juga, Hidayah Centre Foundation Sibu Bersama Rakan Hidayah Sibu memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga Saudara baru yang kita ziarahi. Semoga dengan melakukan ziarah seperti ini, pihak HCF Sibu dapat mengetahui perkembangan Saudara Baru di sekitar luar bandar Sibu dan dapat membantu untuk menyalurkan informasi dan bantuan yang dapat meringankan Saudara Baru yang berada di luar bandar Sibu.