3 April 2023
Isnin
HCF Kuching
Alhamdulillah, pada 3 April yang lepas, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching telah melaksanakan Program Berbuka Puasa bersama pelajar Kelas Bimbingan Hidayah Centre Foundation Kuching. Selepas berbuka puasa, para pelajar dibawa untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah di masjid yang berhampiran.