2 April 2023 (Ahad) β Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah mengadakan sebuah program Dialog Harmoni bertajuk Peranan Agama Dalam Membina Malaysia Madani bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Seramai 66 orang peserta terdiri dari pewakilan organisasi Muslim dan bukan Muslim telah menyertai dan telah memeriahkan program ini. Antara organisasi non-muslim yang hadir adalah Harmonico, Malaysian Buddhist Association, Buddhist Tzu Chi, Peace Children Care Centre (PCCC), Penang Chinese Town Hall & United Happy Rangers.
Panel jemputan program dialog harmoni ini ialah Prof. Dr. Md. Roslan Hashim, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. GP Doraisamy, Setiausaha Kehormat, World Humanitarian Drive (WHD) Malaysia Chapter, Pastor Michal Thomas, Pastor Gereja Komuniti Ekklesia Pulau Pinang & Pahang dan Encik Khaw Aik Kin, Persatuan Buddhist Malaysia. Moderator dialog harmoni ini adalah Bro. Azley Stanley, Presiden Jaringan Muallaf Malaysia.
Tujuan Dialog Harmoni: Peranan Agama Dalam Membina Malaysia Madani adalah mewujudkan kefahaman dan keharmonian kearah membina Negara Malaysia Madani. Dialog harmoni ini adalah salah satu inisiatif untuk menunjukkan bahawa tidak kisah bangsa dan agama kita masih boleh bersama dan seterusnya menjaga hubungan baik dalam kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Penghargaan dan terima kasih kepada pewakilan-pewakilan organisasi yang hadir memeriahkan majlis dialog hamoni ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.
Jom! Kongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf:>> www.dahsedekah.com