fbpx

?????? ????? ??????? ??????? ?????? ?????? ?????? ????? ???????

1 APRIL 2023 (Sabtu) – Alhamdulillah, Majlis Iftar Kelas Mualaf & Rakan Hidayah telah berjalan lancer yang diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Seramai lebih 40 orang daripada kalangan mualaf santunan bersama keluarga dan Rakan Hidayah telah hadir memeriahkan majlis. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan Iqra. Majlis diteruskan dengan pengisian tazkirah dan bacaan mathurat sebelum berbuka puasa. Selepas berbuka, diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Mohd Yusni Ghazali; Pengurus HCF Wilayah Utara, perkongsian mualaf berkaitan puasa, solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah.

Mudah-mudahan majlis ini dapat memberikan kegembiraan dan suasana iftar bersama di kalangan mualaf khususnya mualaf yang pertama kali berpuasa. .Semoga Allah memberkati kita semua atas kelapangan masa, sumbangan tenaga serta membalas dengan sebaik-baik ganjaran buat kita semua.

Ayuh bersama-sama HCF Pulau Pinang membantu usaha menyebarluaskan mesej universal Islam dan pemerkasaan mualaf.

Jom kongsi pahala untuk usaha dakwah dan perkasakan mualaf melalui :

No. Akaun Hidayah Centre Foundation:? Maybank 5505 1085 0031 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation]

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top